Sunday, April 15, 2012

TENAGA DAN SUMBER

DEFINISI TENAGA

Sumber – sumber tenaga boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :
  1.  Sumber tenaga yang boleh diperbaharui 
  2.  Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
    Sumber – sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui bermakna ia tidak boleh diganti dalam jangka masa yang singkat. Sebaliknya, sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan angin boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat.

    Tenaga yang boleh diperbaharui

            Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya walaupun kita berterusan menggunakannya.


    Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan bakar biojisim. Kebanyakan sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.

    Tidak seperti bahan bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang bukan berasaskan biojisim (kuasa hidro, angin dan suria) tidak menghasilkan secara langsung gas – gas rumah hijau.

    Tenaga yang tidak boleh diperbaharui

    Tiga sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah :

    1. Minyak dan hasil petroleum
    2. Gas asli
    3. Arang batu
            Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui terhasil dari tanah adalah cecair, gas dan pepejal. Minyak mentah (petroleum) adalah satu – satunya bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui yang komersial yang terdapat dalam bentuk cecair. Gas asli dan propana selalunya gas dan arang batu adalah pepejal.

            Arang batu, petroleum, gas asli, dan propana semuanya adalah bahan bakar fosil kerana ia terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam berjuta – juta tahun yang lalu.