TENAGA BIOJISIM

Biojisim Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Daripada Tumbuhan dan Haiwan

Biojisim ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya.

Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam banyak pokok dan tanaman, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal sampah.

Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.

 Antara sumber – sumber biojisim

Menukarkan Biojisim kepada Bentuk Tenaga yang Lain  

Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas metana atau bahan bakar kenderaan, seperti etanol dan biodiesel.

Gas metana merupakan kandungan utama gas asli. Bahan – bahan yang berbau, seperti sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia, membebaskan gas metana – yang juga dikenali sebagai “gas bahan buangan” atau “biogas”.

Hasil tanaman seperti jagung dan tebu boleh difermentasikan menghasilkan etanol. Biodiesel, satu lagi bahan bakar kenderaan, boleh dihasilkan daripada tinggalan produk makanan seperti minyak sayuran dan lemak haiwan.

Bentuk biojisim yang paling biasa ialah kayu. Ia telah digunakan beberapa ribu tahun yang lalu sebagai bahan bakar untuk pemanasan dan memasak. Kayu berterusan menjadi sumber tenaga utama di kebanyakan negara yang membangun.

Kayu dan bahan buangan kayu (kulit kayu, habuk kayu, serpihan kayu dan skrap kayu) membekalkan kita tenaga. Ia digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan perniagaan komersial. Selain itu, ia digunakan di rumah untuk pemanasan dan memasak.
 
Tenaga dari Sampah

Sampah, selalunya dikenali sebagai bahan buangan sisa pepejal, merupakan sumber tenaga biojisim. Sisa pepejal ini mengandungi bahan biojisim (atau biogenik) seperti kertas, kadbod, skrap makanan, rumput yang dipotong, daunan, kayu dan produk kulit, dan lain –lain bahan bukan – biojisim yang mudah terbakar seperti plastik dan lain – lain bahan sintetik yang diperbuat daripada petroleum.

Penguraian biojisim di tapak pelupusan sampah menghasilkan gas metana – biogas, yang mana digunakan untuk menjana elektrik.

Biojisim dan Alam Sekitar

Setiap bentuk biojisim mempunyai impak yang berbeza. Biojisim mencemarkan udara apabila ia dibakar, tetapi tidak sebanyak yang dihasilkan oleh bahan bakar fosil. Membakar bahan bakar biojisim tidak menghasilkan bahan pencemar seperti sulphur yang menyebabkan hujan asid. Apabila dibakar, biojisim membebaskan karbon dioksida, yang merupakan gas rumah hijau.
 

Pembakaran Kayu

Asap daripada pembakaran kayu mengandungi bahan pencemar seperti karbon monoksida dan beberapa bahan yang lain.

Pembakaran Bahan Buangan Sisa Pepejal atau Sisa Kayu

Pembakaran bahan buangan sisa pepejal (atau sampah) dan sisa kayu untuk menghasilkan tenaga bermakna ia akan kurang ditanam di kawasan pelupusan sampah. Sama seperti loji janakuasa arang batu, loji janakuasa tenaga daripada sampah ini menghasilkan pencemaran udara apabila bahan bakar itu dibakar untuk menghasilkan stim atau elektrik. Membakar sampah membebaskan bahan kimia yang terkandung dalam sampah. Sebahagian daripada bahan kimia ini berbahaya kepada manusia, persekitaran, atau kedua- dua sekali, jika ia tidak dikawal dengan baik.

Pengumpulan Gas Kawasan Pelupusan Sampah atau Biogas

Biogas ialah gas yang terdiri daripada metana dan karbon dioksida yang mana merupakan hasil daripada proses biologikal dalam loji rawatan kumbahan, bahan buangan kawasan pelupusan sampah, dan sistem pengurusan baja binatang ternakan. Metana adalah salah satu gas rumah hijau yang memberi kesan kepada perubahan cuaca. Kebanyakan kemudahan ini mengumpul dan membakar biogas untuk haba atau penjanaan elektrik. Pembakaran metana sebenarnya adalah berfaedah kerana metana merupakan gas rumah hijau yang lebih kuat berbanding karbon dioksida.

Etanol 

Etanol adalah satu daripada bahan bakar terawal yang digunakan dalam kenderaan, hampir semua minyak petrol mengandungi sedikit etanol. Bahan bakar campuran etanol dan minyak petrol membakar secara bersih dan mempunyai lebih banyak oktana berbanding minyak petrol tulen, tetapi mengandungi “pengeluaran tersejat” yang lebih tinggi dari tangki bahan bakar dan peralatan pengagihan. Pengeluaran tersejat ini menyumbang kepada pembentukan ozon paras-rendah dan kabus. Minyak petrol memerlukan banyak proses untuk mengurangkan pengeluaran tersejat sebelum ia dicampurkan dengan etanol. Karbon dioksida, gas rumah hijau, terbentuk apabila etanol terbakar, tetapi menanam tumbuhan seperti jagung atau tebu untuk membuat etanol mungkin mengimbangi pengeluaran karbon dioksida kerana tumbuhan menyerap karbon dioksda apabila ia membesar.
 
Biodiesel

Biodiesel adalah bahan bakar dalam enjin diesel yang awal. Dibandingkan dengan petroleum diesel, pembakaran biodiesel menghasilkan kurang sulphur oksida, jirim lain, karbon monoksida, dan hidrokarbon yang tidak terbakar yang lain, tetapi lebih banyak nitrogen oksida. Sama seperti etanol, biodiesel yang digunakan menghasilkan pengeluaran bersih karbon dioksida yang lebih rendah jika sumber biodiesel adalah minyak yang diperbuat daripada tumbuhan, yang mana menyerap karbon dioksida.