CARA PENGGUNAAN ALATAN

PETI SEJUK

A. Panduan Membeli Peti Sejuk

  Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar.
   
  Jangan lupa untuk mengenal pasti Energy Efficiency Ratio (EER) bagi peti sejuk. Data pada plat nama akan memberikan maklumat tentang penggunaan kuasa bagi peti sejuk.

B. Panduan Pemasangan

Peti sejuk dan penyejuk beku akan membebaskan haba ketika operasi penyejukan muatannya. Haba ini perlu dinyahkan kerana jika tidak, kompresor bagi peti sejuk dan penyejuk beku ini akan beroperasi lebih lama. Ini menyebabkan ia menjadi terlebih panas dan akan memendekkan jangka hayatnya. la juga akan menggunakan lebih banyak elektrik dan akan lebih cepat rosak. Perkara yang perlu diambil kira untuk pemasangan peti sejuk dan penyejuk beku:  
  • Peti sejuk tidak seharusnya diletakkan di tempat yang panas seperti di tempat yang terdedah kepada pancaran terus matahari atau berhampiran dengan dapur memasak. 
  • Ruang disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk di bahagian atas, belakang dan tepi bagi membolehkan pengaliran udara

C. Panduan Operasi Dan Penyelenggaraan Peti Sejuk
  • Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang kosongkan dan cuci peti ais. Tutupkan suis dan biarkan pintunya terbuka.
  • Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoran pada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan peti sejuk.
  • Susun makanan di dalam peti sejuk supaya ada ruang di sekelilingnya bagi membolehkan pengaliran bebas udara.
  • Sentiasa sejukkan makanan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Elakkan daripada kerap membuka ataupun sengaja membiarkan pintu peti sejuk terbuka.

KETUHAR

A. Panduan Pembelian Ketuhar

Ketuhar gelombang mikro menjadi pilihan kerana ia menggunakan tenaga yang kurang dan masak lebih cepat berbanding ketuhar elektrik biasa. la juga boleh memanaskan makanan anda dengan cepat dan boleh menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 10-25%.

Ketuhar gelombang mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa kerana keperluan tenaganya yang rendah dan masa memasaknya yang singkat.

B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan Ketuhar
  • Elakkan daripada memanaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum memasak.
  • Ketuhar boleh dipadamkan 5 hingga 10 minit sebelum had masa memasak kerana ini dapat menggunakan haba yang tersimpan di dalam ketuhar. Ini dapat menjimatkan 10-25% tenaga elektrik untuk memasak.
  • Pastikan pintu ketuhar sentiasa tertutup. Jika perlu memeriksa masakan, intai melalui pintu ketuhar.
  • Sebelum memasak defroskan makanan terlebih dahulu kerana ini menjimatkan tenaga yang mungkin diperlukan bagi mendefroskan makanan tersebut (dan mungkin juga akan menyebabkan makanan tidak masak di sesetengah bahagian ).
  • Rancang penggunaan ketuhar. Masak beberapa jenis masakan sekali gus. Ini akan menjimatkan elektrik sebanyak 60%.

PEMANAS AIR

A. Panduan Membeli Pemanas Air
  • Pilih pemanas air jenis segera ia kurang menggunakan elektrik berbanding pemanas air jenis takungan.
  • Jika memerlukan pemanas air jenis takungan, pilih saiz yang bersesuaian.
-  Pemanas air yang takungannya 23-27 liter sesuai  untuk keluarga 4-5 orang ahli.
- Tutupkan suis pemanas air setelah digunakan (gunakan takungan air panasnya) bagi menjimatkan elektrik
  • Pemanas air solar tidak menggunakan elektrik tetapi harganya agak mahal.

B. Panduan Pemasangan Pemanas Air
  • Pasang pemanas air mengikut arahan pembekal.
  • Bagi penggunaan yang cekap tenaga, sistem pemanas air hendaklah dipasang berhampiran tempat ia kerap digunakan (terutamanya pemanas air jenis takungan).
  • Pasang paip aliran rendah yang boleh menjimatkan air sehingga 70%.

C. Panduan Operasian/Penyelenggaraan Pemanas Air

      Sebaiknya gunakan pancuran daripada mandi berendam.
      Mandi berpancuran kurang menggunakan air panas.


 MESIN BASUH

A.Panduan Membeli Mesin Basuh
  • Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan keperluan keluarga.
  • Mesin basuh automatik jenis muatan atas menggunakan tenaga yang kurang daripada mesin automatik jenis muatan depan.

B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan

Elektrik dan air akan dibazirkan apabila membasuh dengan separuh muatan. Contohnya mencuci hanya sepasang seluar ataupun beberapa helai baju kemeja. Kumpulkan basuhan dan basuh dengan muatan penuh kerana penggunaan elektriknya adalah hampir sama.

C. Panduan Penggunaan Mesin Basuh:
Basuh hanya apabila muatan mesin telah penuh. Mesin basuh yang penuh muatannya akan menggunakan elektrik yang sama dengan yang muatan separuh.
Elakkan daripada menggunakan mesin basuh yang terlebih beban.
  Pilih kitaran cucian yang bersesuaian.
  Elakkan daripada menggunakan program pra basuh.
Gunakan seting suhu optimum. Jika boleh elakkan daripada menggunakan kitaran basuhan panas.


SETERIKA

A. Panduan Membeli Sterika
  • Seterika wap akan menggunakan lebih elektrik daripada seterika biasa.
  • Gunakan seterika ringan untuk tujuan menggosok kerana ia lebih cepat panas dan kurang menggunakan tenaga. Seterika berat akan mengambil masa yang lebih lama untuk panas sebelum boleh digunakan.
 
B. Panduan Operasi Sterika
  • Gosok fabrik yang memerlukan suhu rendah dahulu bagi mengurangkan masa pemanasan. Tutup suis seterika sebelum menggosok pakaian yang akhir.
  • Kumpul dan gosok pakaian dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Pemanasan seterika memerlukan elektrik dan pembaziran elektrik akan berlaku setiap kali seterika ini digunakan untuk menggosok beberapa helai pakaian.
  • Tutupkan suis seterika jika terdapat gangguan semasa menggosok.
  • Jika boleh lipat basuhan yang telah kering dengan cermat bagi mengelakkan keperluan menggosoknya.

PENYAMAN UDARA

A. Panduan Membeli Penyaman Udara
  • Pilih saiz unit penyaman udara yang bersesuaian dengan keperluan. Sebagai panduan, Jadual 6 menyatakan saiz penyaman udara yang sesuai dengan saiz bili
  • Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknya nisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebih dahulu. EER bagi penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalah dalam lingkungan 8 hingga 10. Jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan penyaman udara biasanya dinyatakan dalam sebutan BTU (British Thermal Unit) /jam. 1 hp bersamaan dengan 9,200 BTU sejam.
  • Rujuk pemeringkatan bintang bagi unit tersebut. Lebih banyak bintang, lebih cekap unit tersebut (hingga ke maksimum 6 bintang).
  • Periksa kadar pengaliran udara (dinyatakan dalam sebutan kakipadu/min). Semakin besar kadarnya (antara 200-300 kakipadu/min bagi unit 1 hp) semakin cepat sejuk dan semakin baik pengaliran udaranya.

B. Panduan Pemasangan Penyaman Udara

Untuk penyaman udara jenis ’terpisah’, letakkannya di tempat yang teduh bagi mengelakkan pemanasan oleh matahari dan pastikan terdapat pengaliran udara secukupnya di sekeliling penyaman udara tersebut.

C. Panduan Pengoperasian Dan Penyelenggaraan Penyaman Udara
  • Jangan halang saluran udara unit penyaman udara dengan langsir atau perabot.
  • Biarkan tingkap dan pintu sentiasa tertutup supaya bilik sentiasa sejuk.
  • Gunakan bumbung atau siling berpenebat serta cuba untuk meminimumkan pelepasan udara sejuk melalui bawah pintu dan tingkap, ini boleh membantu mengurangkan penggunaan elektrik bagi penyejukan.
  • Penebatan akan menghalang udara panas masuk ke dalam bilik dan akan mengurangkan beban penyejukan unit penyaman udara.
  • Gliskan tingkap anda – sesetengah glis mempunyai ciri lapisan pantulan yang memantulkan haba dan lutsinar.
  • Penebatan dan pengglisan akan mengurangkan bil elektrik sehingga 40%.
  • Apabila hari dijangka akan panas pasangkan penyaman udara awal bagi mengelakkan rumah daripada menjadi terlalu panas.
  • Pada hari yang panas tutup langsir bagi menghalang  sinar matahari.
  • Lakukan penyelenggaran unit penyaman udara mengikut jadual termasuk membersihkan penapis dan gelung pertukaran habanya bagi memanjangkan hayat penyaman udara tersebut.
  • Lanskap - menanam pokok dan pokok renek di tepi rumah dapat membantu mengurangkan beban penyejukan.
  • Peneduh berskrin dan sedikit berwarna serta sengkuap tingkap atau dinding merupakan satu lagi cara untuk mengurangkan penyerapan haba.

KIPAS

A. Panduan Membeli Kipas

Perhatikan keefisienan prestasinya (Coefficient of Performance-COP) yang dinyatakan sebagai min meterpadu/W. Bagi sebuah kipas 80W kos penggunaannya ialah lebih kurang RM7 sebulan. Bagi mengurangkan kos penggunaannya anda dinasihatkan agar memilih kipas yang efisien memandangkan tempoh penggunaan kipas yang panjang iaitu sehingga 12 jam setiap hari.

B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan Kipas
  • Pastikan kipas tidak dihalang daripada belakang kerana halangan pengaliran udara akan mengurangkan prestasinya atau menyebabkan ia beroperasi dengan bebanan berlebihan.
  • Tutupkan suis kipas apabila tidak diperlukan. Sistem automatic seperti suis sensor automatik dapat mengelakkan pembaziran elektrik apabila kipas tidak diperlukan.
  • Kipas hanya akan mengedarkan udara dan hendaklah digunakan bagi memungkinkan pertukaran udara jika boleh udara sejuk daripada luar.


HIBURAN DI RUMAH

A. Panduan Membeli Peralatan Hiburan

Peralatan hiburan di rumah adalah agak efisien. Pembekal yang berlainan kadangkala menetapkan keperluan kuasa yang berlainan bagi peralatan yang sama.

B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan Peralatan Hiburan
  • Televisyen, Pemain Video, Radio Dan Stereo
  • Malapkan lampu ruang tamu ketika menonton televisyen atau video.
  • Tutup suis televisyen, radio dan peralatan yang lain apabila tiada penonton atau pendengar.
  • Elakkan daripada membiarkan peralatan terpasang secara mod sedia.

KOMPUTER

A. Panduan Membeli Komputer

  • Pastikan komputer mempunyai mod tidur.
  • Monitor skrin rata lebih efisien daripada jenis tuib katod.
  • Komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbanding komputer meja.

B. Panduan Operasi Komputer

Elakkan daripada membiarkan komputer pada mod sedia. Jadual 9 menunjukkan penggunaan tenaga komputer dalam keadaan pelbagai mod.

Tutup

Komputer tidak dimatikan di plug tetapi hanya dipadamkan di pemutus penyambung di dalam komputer.

Mod tidur 
  
Komputer hampir dipadamkan pemproses dan monitor masih menggunakan 1-30 watt elektrik.

Jimat-skrin 

tidak menjimatkan elektrik, masih pada keadaan sedia digunakan untuk menjaga monitor.

LAMPU

A. Panduan Pembelian Lampu
  • Beli lampu cekap tenaga dan boleh menjimatkan tenaga sehingga 80% bil lampu pada jangka masa yang panjang.
  • Harga untuk lampu cekap tenaga jenis lampu kalimantang mampat (CFL) walaupun ia mahal, namun ia akan lebih menjimatkan tenaga kerana rendah penggunaan elektriknya.
  • Gunakan lampu yang bersesuaian dengan keperluan.
  • Contohnya, gunakan lampu yang lebih terang ketika membaca dan lampu yang lebih malap ketika menonton TV.
  • Lampu kalimantang biasa akan mengeluarkan 2 kali lebih cahaya daripada lampu mentol.
  • Seboleh-bolehnya, gunakan suis fotoelektrik, pemalap dan penentu masa bagi penjimatan selanjutnya.

B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan Lampu

Bilik Tidur

  • Gunakan lampu malap daripada siling dengan pemalap untuk pencahayaan umum.
  • Gunakan lampu sisi katil untuk membaca.
  • Gunakan cahaya dari luar. Letakkan meja berhampiran dengan tingkap
 
Ruang Tamu

  • Gunakan lampu bercahaya malap bagi memalapkan suasana.
  • Pastikan tiada pantulan cahaya di kaca televisyen bagi keselesaan menonton.
  • Tutupkan suis lampu jika ia tidak digunakan.

Dapur

  • Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
  • Pasang lampu di atas ruang kerja.
  • Pasang lampu di pintu bilik pantri.

Bilik Air Dan Setor
  • Pasang lampu di atas cermin.
  • Pasang lampu siling bagi bilik air yang besar.
  • Pasang lampu berkuasa rendah bagi laluan dan setor.
       
B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan

Bersihkan habuk pada mentol dan penutup lampu sekali setiap 1 atau 2 bulan. Lampu yang bersih akan meningkatkan pencahayaan.